World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Tuesday, May 21, 2013

Kemalangan Dihadapan Tunang Sehingga Darah Terpercik Ke Bajunya


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Kisah yang sungguh menyayat hati apabila kita membaca apabila perempuan kehilangan tunangnnya di depan mata dan malang pula menimpa gadis itu. Berikut adalah kisahnya.

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn Seorang anakjutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan.

Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli KFC di Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah menyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantinperempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ketiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama sepertiayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada.

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya. Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa.
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan muncullah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru.

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu “apa ini…?”
Ini lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang…
err..yang ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..hehehehhhhehehehh……”

copy/paste je >>> http://www.ohpisang.com

Friday, January 25, 2013

Hack Facebook 100% berjaya!!!!!

Assalamualaikum...

Dalam pos kali ini, aku akan mengajar teknik yang paling mudah dan paling berkesan untuk mendapatkan kata laluan, dengan kata lain akaun, Facebook milik orang lain.

Cara ini sebenarnya ialah rahsia. Oleh sebab Mark Zuckerberg hanya memahami Bahasa Melayu dengan bantuan Google Translate, maka tutorial ini amat susah untuk difahami oleh beliau sekaligus melambatkan proses membaiki masalah ini



Seperti biasa, aku akan menyenaraikan item-item yang perlu disediakan:
*Mampu menggunakan komputer
*Memiliki sebuah komputer yang lengkap
*Sambungan Internet, sama ada Ethernet ataupun Wi-Fi
*Sebuah akaun Facebook
*Target untuk penggodaman
*WARAS
Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

 *Sambung komputer anda kepada suis terdekat
*Hidupkan komputer anda
*Pastikan komputer anda disambungkan ke Internet, kemudian layari http://www.facebook.com/
*Log masuk ke dalam akaun anda
*Tunggu target anda untuk masuk ke dalam talian (online)
*Buka ruangan sembang (chat) dengan target anda
*Pancing target anda dengan kemahiran anda sendiri seperti bertanya khabar dan sewaktu dengannya
*Langkah seterusnya ialah langkah terakhir. Untuk memastikan Mark Zuckerberg tidak menterjemah langkah terakhir ini, aku sengaja menekan butang "Enter" supaya beliau tidak sedar langkah ini wujud. Sila skrol ke bawah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.


.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

Taip dalam ruangan sembang seperti ini "Hai, I merayu kat u nie.. Plsss bg I email + password untuk akaun facebook u leh tak?" kemudian tekan "Enter"
Penggodaman selesai.


HAHAHHAA!! jgn marohh noh..aku copy paste je bnde nih.

credit http://busuk.org

Saturday, June 16, 2012

Photography

Assalamualaikum...post kali ini aku nak suruh korang tengok gambar je..gambar-gambar ni diambil oleh aku sendiri...sdn.bhd...(hak milik terpelihara)



sunset di Pantai Tanjung Dawai..memang cantik! fuhhh



Pantai Teluk Ketapang..kat kampung aku..Terengganu..woha!



angin pagi di Pantai Teluk Ketapang..memang terbaek pantai nih..try la pegi waktu pagi



kat sini memang banyak ikan..tapi sekor pon xdpat wat balik..kah3!!


mr.Akmal Man...sementara menunggu presentation...(lmbatnyee)



UiTM Merbok



Gambar tadi jugak



ni kat Pantai Tanjung Dawai gak



ni kat Pantai Lapangan Terbang...(aku slalu lepak sini)



bunga...



ni masa rumah aku tiada letrik..aku jadi bosan, pastu amik kmera tembak gmba lilin nih..cantik gak kan..ahhahaahhaha



sama macam tadi gak



ni orang panggil burung merbok ke hape ntah



ni time kakak aku kawen



effect yg ade simbol bunga kat kamera..macro effect ke hape ntah..dye focus objek paling dekat je, bckground jadi blur..aku suka effect nih!...weee!



ada seribu maksud yang boleh aku terangkan pasal gambar nih..hahahaha!



Friday, April 27, 2012

jangan jadikan Justin Bieber sebagai idola

Justin Bieber, ya siapa tak kenal JB ni kan, artis meletop tuhhh...lagi2 wanita, mesti minat gila..hahahaha..baru2 ni aku ada la terbaca pasal JB ni dah hina agama kita..AGAMA ISLAM!..dulu aku minat gak budak nih, tapi bila dah dengar berita camni memang aku F**K beliau ni..pegi mam**s la lu JB...dan baru-baru ni aku ada la jugak melawat page anti Justin Bieber kat FACEBOOK (aku lupe name page tu), pastu aku tgok bukan main lagi orang malayu (Islam) duk bantah, duk marah group tu..cakap group tu bodo lah,bengong lah,hape lah..wei bahalol, yang kau duk backup budak s*al tu buat apa?...bagi aku, kalo JB tu tak hina agama Islam pon dia tak layak di"backup" atau disanjung macam tu..maaf la kepada peminat JB, bagi aku korang tak boleh jadikan budak tu idola..idola kita sebenar ialah Nabi kita..jadi jangan jadi cerdik pandai sangat la..

dipetik dari page anti justin bieber (aku lupe name ape page tu)
tekan gambar untuk tumbesaran


Aku kecewa sangat sebab yang komen dan kutuk ni ialah orang melayu Islam kita sendiri, bangsa kita! agama kita sendiri!..kenapa beliau jadikan JB tu idola mereka? kenapa beliau menyebelahi JB tu? ...sedarlah wahai aweks2 skalian, JB tu tak layak dijadikan idola, idola sebenar kita ialah Nabi Muhammad S.A.W. tu idola kita!...(dah naik hangin aku nih)...jadi sebelum aku bertambah marah, baik aku berhenti kat sini je..(jap lagi ade yg mati kene tetak kang)..hahaha...jadi, segala tutur bicara sepanjang saya disini harap diampunkan,sesungguhnya saya hanyalah manusia yang lemah...sampai disini sahaja pertemuan kita...bye..assalamualaikum

~berdisiplin, berilmu, berbakti~




Tuesday, April 24, 2012

siapa Loo Jo Yee nih??? jom2 baca



Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Sunday, April 22, 2012

Autumn In My Heart @ Romanza

lagu ni dipanggil Romanza atau spanish romance kalo tak silap aku..ia juga lagu tema untuk citer autumn in my hear..citer kegemaran aweks2 masa dahulu dan tak lupa jugak masa kini...(dulu aku pon minat gak citer nih, dulu laa,skarang da kurang)..HAHAHA..jadi dengan itu aku pon tertarik la nk belajar cara nak plucking lagu nihhh...kalo korang nak tahu macam mana cara plucking dye korang cari la dalam youtube tu..macam2 ada ooo...

video